Keblinger

Keblinger

Tips Kurus Cepat Ramadhan

| Thursday, April 13, 2023
Haiiiii

Assalammualaikum.
Hari ke 24 Ramadhan baru sempat kan nak share tips ni, Tips Kurus Cepat Ramadhan. 

Maaf lah, ramai yang bertanya, memandangkan bulan Ramadhan kita cuti Dari program #JomDetox, kami menubuhkan support group Ramadhan untuk bersama-sama target sihat cergas di bulan Ramadhan di samping turun berat secara konsisten, tapi tak sempat saya kongsikan sebelum ini.
Banyak tips yang kami sharekan dalam group, ramai juga dah turun berat dengan mudah dan jayanya, cuma inilah masa yang ada untuk saya coretkan di sini ya. 

Ok, mesti anda tak sabar nak tahu kan? Jom!

Tips Kurus Cepat Ramadhan!

1. Jangan skip waktu makan!

Ya, jangan skip waktu makan ketika Ramadhan, samada waktu sahur atau berbuka. Badan perlukan makanan, in specific lemak baik untuk membakar lemak dengan lebih efisien. 

Betul, anda boleh pilih option untuk Intermittent Fasting, IF 22 jam atau OMAD - One Meal a Day, dan mengambil makanan hanya ketika berbuka, yang mana badan mula membakar lemak yang tidak diperlukan lebih efektif jika kita IF lebih daripada 16 jam setiap hari secara konsisten. Depends pada pilihan masing-masing, pastikan pilihan cara adalah long lasting dan bukan short term, sebab kita tak nak masuk je Syawal nanti, berat naik berkali ganda sebab tak mampu nak buat IF 22 jam atau OMAD. Cara ini lebih sesuai buat mereka yang memang dah konsisten sebelum Ramadhan. 

Saya pernah buat kesalahan ini dulu, berat turun sikit saja, naik double masa raya sebab raya kan, siapa yg tak menjamah makanan raya setiap waktu makan instead of OMAD.

2. Cukupkan pengambilan air

Ini antara cabaran paling besar untuk Kebanyakan orang, sama juga pada team Detox saya. Masa yang terhad untuk pengambilan air, bila kurang minum air, badan akan trigger 'tak cukup' air, susah berat nak turun. Body tends to hold water to make sure body keep hydrated. Haa gituuuu.

Tips untuk minum air cukup; 
✅ bangun awal 1-2 jam sebelum Subuh, boleh cukupkan air sewaktu solat sebelum Subuh dan semasa menyediakan sahur, 
✅ Cukupkan air ketika berbuka 
✅ Cukupkan air ketika solat terawih & solat malam

Kurang air, susah juga perut nak lawas. Akibatnya, ramai yang sembelit dan tidak membuang hari-hari. Ini tak bagus tau, sebab tokskn mula berkumpul, bila toksin semakin banyak, badan tak efektif, muncul la macam-macam kesan toksin, seperti kulit berjerawat, badan rasa tak bertenaga.

3. Pilihan makanan yang baik ketika berbuka

Bagaimana pilihan makanan anda ketika berbuka?
Murtabak? Popia? Nasi Arab? Roti John? Air tebu? Air kelapa? Karipap? Haaaa memang sedap semua kan, tapi semua ni punca berat tak turun ketika Ramadhan.

"Saya buka sikit je, kuih 2 ketul, tapi kenapa berat tak turun?" Ia berbalik kepada point #1 tadi. 

It is all about a good choice of foods.

Badan perlukan nutrien dan lemak baik untuk memberi tenaga pada badan dan bakar lemak secara efektif. Pilihan makanan di atas adalah Kebanyakan nya karbohidrat, yang mana, selepas berbuka, kita kurang melakukan aktiviti berat yang memerlukan makanan kita diubah menjadi tenaga. Makanan yang tidak dibakar menjadi tenaga, kekal dalam badan sebagai gula. 

Jadi kita nak makan apa?

Tips makan suku-suku separuh sangat baik sebagai pilihan untuk berbuka. Pastikan ada serat separuh pinggan, protein suku pinggan, karbohidrat suku pinggan. Serat untuk membantu proses lawas kita Ramadhan ni. Kalau dapat optimumkan pilihan makan kepada pilihan grill, kukus, sup, lebih baik. 

Ingat ya, makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Makan makanan yang memberikan nutrien pada badan, yang dapat memberi tenaga baik ketika Ramadhan untuk kita lebih bertenaga dan efektif fokus ibadah.

4. Wajib ambil Protein yang cukup

Nampak macam cliche kan, haa nak jual produk la tu.
Jap, jap, saya kongsikan berdasarkan pengalaman. Sebab saya sendiri dah ujikaji tips Kurus cepat Ramadhan ni dah bertahun lamanya, sejak saya obese, izinkan saya kongsikan kenapa protein sangat penting.

Secara teorinya, bila badan mula kurang makan (less calorie intake in a day) berat akan turun kan. Kita nak berat yang turun tu adalah lemak dan bukan semata berat air dan muscle. Kita perlukan muscle badan kita, kerana muscle bakar lemak lebih efektif. Kalau kita muscle turun, metabolism turun, tak dapat bakar lemak secara efektif. Takut nanti, raya, haaa berat naik berkali ganda. 

Jadi bila nak consume protein?
Waktu sahur adalah terbaik. Waktu berbuka sudah pasti ada portion protein kan dalam pilihan suku-suku separuh tadi.
 
Elakkan makanan karbohidrat sewaktu sahur, sebab perut lebih cepat lapar dan 'meminta' makanan lebih awal. Berbanding dengan protein, pembakaran tenaga lebih lama, kita rasa kenyang lebih lama. 

Protein terbaik adalah protein tumbuh-tumbuhan. Dalam Shaklee ada beberapa pilihan protein, yang berasaskan daripada soya non Genetic Modified' (non GMO);
✅ Energizing Soy Protein, "ESP"
✅ Protein Cinch shake
✅ Protein Life Shake

ESP boleh diambil oleh ibu yang mengandung & menyusut. Masih ada set Promo ESP April ni.Set Rahmah tak sampai RM100! 

Protein Cinch Shake & Life Shake adalah khusus kepada mereka yang cakna kesihatan untuk kurus Dan slim secara sihat, kerana kandungan Leucine yang lebih tinggi berbanding ESP. Fungsi Leucine adalah untuk mengekalkan muscle dalam badan semasa proses penurunan berat badan. 

Bezanya Life Shake ada prebiotik yang baik untuk perut dan penghadaman. Inilah rahsia saya membuang tiap hari tanpa gagal selepas sahur.

Bila kita consume protein shake sewaktu sahur, masa berbuka pun rasa tak lapar sangat-sangat yang menyebabkan kita tak keruan tengok semua makanan di bazaar Ramadhan 😂. Kenyang lebih lama dengan protein shake, rendah kalori ~200kcal sahaja. 

Ada kawan yang cuba untuk tak ambil protein shake ketika sahur, akibatnya longlai sepanjang hari. Saya sharekan beberapa cerita daripada FB: Puteri Yusof, Coach Gula.

April ni Masih berbaki promo Cinch Shake ni, RM250 (bukan ahli) sahaja untuk dua tong. Harga sebenar RM RM380, jimat berganda-ganda. Nak order klik sini ya, Saya nak Cinch Promo. Cepat tau, hanya tinggal perisa Vanilla dan Caffe Latte sahaja, promo bakal berakhir April ini.

5. Bersenam 

"Bersenam? Mana larat, dah la saya puasa!"

Hihi, macam kita seorang yang puasa. 

Betul, senaman adalah pilihan, namun sangat membantu untuk kurus Cepat dalam Ramadhan.

Bila waktu terbaik untuk senaman ketika Ramadhan?
Sebaiknya waktu sebelum berbuka, sebab pembakaran lemak lebih efektif selepas 12 jam berpuasa.

Kalau tak mampu, waktu pagi ketika waktu sahur sebelum Subuh, pun boleh juga. Saya sellu buat time ni. 2-3 kali sahaja seminggu, tak perlu hari-hari. Yang penting istiqamah. 

Tujuannya adalah, kita nak bina atau kekalkan muscle kita, naikkan metabolism, jadi mempercepatkan pembakaran lemak secara optimum, lebih mudah Dan cepat kurus. 30 minit jalan petang bersama famili di taman sambil berselawat pun membantu juga. 

Jadi siapa yang dapat buat kelina-lima perkara di atas Ramadhan kali ni?

Capai tak berat yang anda impikan?
Jangan risau kalau tak dapat follow tips di atas, kita boleh buat minggu Ramadhan yang berbaki dan terus amalkan sewaktu dan selepas raya.

Alhamdulillah, saya dan suami memang sebulan sahur dengan Protein Shake. Badan lebih bertenaga, rasa ringan, tak cepat mengantuk. Suami dah loss 6kg, saya 3kg. 

Boleh contact saya jika nak join program detox kami pada mereka yang mencari pilihan untuk kurus secara sihat selepas raya nanti Nak Kurus.

Boleh dapatkan tips lebih banyak di sini ya! Tips Kurus dengan Cepat

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Hasfa Rusli SID 883325

Your trusted Shaklee Health Advisor

FB: Hasfa Rusli | 
IG: Hasfa Rusli | IG: jomdetoxbycoachaszr



0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Hidup Sihat dan Cantik Design by OSUHM Studio