Keblinger

Keblinger

Azam tahun baru, nak kurus atau menjadi lebih sihat?

0
| Monday, January 8, 2018
Selamat tahun baru!!
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya untuk kita semua.
(It's not too late too wish you, right? ;))

Kalau bercakap pasal azam je, azam nak kurus ni selamanya ada dalam list.haha. Tapi sebenarnya, cuba tanya diri kita, apa yang sebenarnya tubuh badan kita perlukan, kurus atau pun sihat?

Kalau kita perhatikan sebenarnya, dalam usaha kita untuk menuju ke arah sihat, usaha-usaha seperti mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat, mengamalkan aktiviti sihat seperti senaman sekurang-kurangya tiga kali seminggu, dapat memberikan impak yang lebih terhadap kesihatan tubuh badan kita, seterusnya memberikan hasil tubuh badan yang diimpi-impikan. Ianya bonus apabila bacaan tekanan darah, kolesterol dan gula juga di dalam kawalan.

Sementara itu, untuk menjadi kurus, usaha anda mungkin fokus kepada aktiviti senaman sahaja (mungkin juga tidak), namun tidak menitikberatkan pengambilam makanan yang berkhasiat (berdasarkan pemerhatian saya). Ada yang mengambil bahan yang terlarang hanya semata-mata untuk kurus. Ada juga yang sanggup berikat perut dan tidak mengambil makanan yang cukup nutrien dan zat dalam sehari, dan ianya hanya target semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan idaman dalam jangka masa yang pendek.

Kurus tak semestinya sihat dan 'last long"!. Biarlah azam kita itu adalah azam dan usaha yang memberikan impak yang terbaik untuk tubuh badan kita.

Kurus atau sihat, terpulang pada pilihan anda! Pilihan saya, semestinya untuk menjadi lebih sihat (BMI normal), kerana dgn tubuh badan yang sihat, akan terserlah kecantikan semulajadi. Bertahun-tahun saya mencari formula untuk sihat,(i.e diet nasi, protein shake, atkins), tips slim namun, hanya yang ini memberikan kesan yang diidamkan.

Bukan sahaja saya mendapat berat yang saya mahukan, bonusnya, perubahan pada kulit muka. Yang mengenali saya mungkin dapat saksikan perubahan kulit muka saya ni. Bukan makin putih quputeh tau, kulit saya tetap sawo matang warnanya, cuma ianya tidak lagi kelihatan kusam. Semakin anjal gitu! haha.

Anda mahukan tips kurus, sihat dan slim ni?

Apakah formulanya? Nah, saya kongsikan pada anda.

a. Pengambilan makanan yang berkhasiat, 'eat clean'
b. Sebelum memulakan usaha utk sihat dan slim, pastikan detoks tubuh badan dahulu
c. Suplemen semulajadi untuk membantu meningkatkan metabolisma badan
d. Paling penting ialah istiqamah

Saya akan kongsikan tips kurus dan slim secara sihat dalam entry seterusnya!


Till my next entry!
 

Copyright © Hidup Sihat dan Cantik Design by OSUHM Studio