Keblinger

Keblinger

Testimoni saya kurus dan cantik dengan Shaklee

0
| Wednesday, June 14, 2023

Nikmat Kesihatan Mana Yang Hendak Didustakan.

a. Tiada lagi masalah HB rendah!

Saya bermula dengan niat nak sihat daripada masalah  bacaan HB rendah 8, pada tahun 2009. Ketika bekerja di Miri, nak renew Offshore Safety Passport, selepas dapat result medical, doctor advise saya tak lepas untuk renew. Reason being, bacaan HB saya terlalu rendah, yang mana ia tak selamat untuk benarkan saya ke Offshore kerana khuatir keadaan diri saya yang bila-bila sahaja boleh rebah. Kesihatan saya bertambah baik selepas consume set Vitalea, B Complex dan Vitamin C. Multivitamin, Vita-lize (nama Baharu Vitalea) mengandungi iron untuk improve bacaan HB. Bacaan HB yang dulunya hanya 8 pada tahun 2009, improved pada tahun 2014 sebelum kahwin kepada 13. Efek low HB ni, kalau dulu, saya sering sakit kepala ketika cuaca panas, hampir setiap hari dan panadol rakan karib saya.. Saya tak tahu masalah ni sehingga buat ujian darah untuk masuk kerja pada tahun 2006. Alhamdulillah, tiada lagi sakit kepala menjengah datang. Sakit kepala tu rasanya yang tidak boleh di bawa bincang, rasa nak ketuk hammer pada kepala menahan sakitnya itu. 😂

b. Tiada lagi masalah sakit lutut akibat kecederaan 

Saya pernah cedera lutut akibat jatuh ketika bermain bola jaring di Miri suatu ketika dulu. Impak dari jatuh tu, saya menerima kesan di lutut yang sentiasa berasa sakit ketika naik tangga atau berjalan jauh. Sakit ni berlarutan sehingga bertahun-tahun. Lagi-lagi, berat badan yang overweight ketika itu, menyukarkan saya untuk berlari atau menaiki tangga tanpa sakit. Tapi, sejak saya consume Advance Joint Health tablet, ResV dan Ostematrix, sakit lutut hilang. Bahagia nya rasa hati. Nikmat betul Allah beri kesihatan. Saya boleh join aktiviti hiking nowadays!



c. Kulit muka yang yang sekata dan flawless

Gembira tidak terkira, like it is a bless, apabila Shaklee nemperkenalkan Youth skincare awal tahun 2018. Sebelum tu, saya mengalami masalah kulit kusam, pori-pori besar, kulit kering mengelupas walaupun saya memakai set penjagaan kulit yang agak berjenama ketika itu. Kulit muka seperti terkena jangkitan kulit yang menyebabkan tompok-tompok di muka. Alhamdulillah, saya ada jalan penyelesaian untuk penjagaan kulit muka ini. I’m in Love with Youth sebab dengan Youth, eyebag, kesan penuaan di muka hilang dan tiada lagi. Tiada lagi mekap tebal di muka untuk menutup kecelaan. penyelesaian untuk penjagaan kulit muka ini. I’m in Love with Youth sebab dengan Youth, eyebag, kesan penuaan di muka hilang dan tiada lagi. Tiada lagi mekap tebal di muka untuk menutup kecelaan. Bukan saya sahaja, mak saya juga menggunakan Youth skincare untuk mengatasi masalah jeragat dan pigmentation. Macam-macam produk telah diggunakan, namun, hanya dengan Youth, beliau menemui kepuasan di hati, kesan jeragat semakin pudar. ❤️

                      2014 vs 2018

d. Capai berat badan ideal dalam 3 bulan sahaja! 

Antara kejayaan paling bermakna dengan Shaklee ialah julung kalinya dapat mencecah berat ideal BMI 22, 64kg 😍 May 19. Rupanya bila dah tahu formula untuk kurangkan berat badan secara sihat, ya Allah mudahnya dan saya terus menten hingga sekarang. Mudahnya dengan program #JomDetoxJutawan. Niat di hati nak capai berat model 59kg hihi hujung tahun ni inshaAllah. Ini juga merupakan ikhtiar saya dalam TTC (trying to conceive). Semoga Allah izinkan. ❤️ Doakan saya ye. Kami ada group support setiap bulan, #JomDetoxIF, kami provide plan pemakanan, senaman ringkas, menu sihat dan buat bersama-sama.


Untuk dapatkan konsultansi kesihatan, contact saya.

Dengarkan cerita testimoni sahabat saya, Kurus dengan Shaklee


#pengedarsahShakleeRawang

#blogmegashaklee

#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023


Hasfa Rusli SID 883325

Your trusted Shaklee Health Advisor

FB: Hasfa Rusli | 

IG: Hasfa Rusli | IG: jomd

etoxbycoachaszr

Pengedar Shaklee Sah Rawang dan KLCC

0
|
Anda mencari pengedar sah Shaklee?

Saya berada di kawasan Rawang dan KLCC (sekitarnya).

Saya menjadi Pengedar Shaklee sah sejak 2012 dan sangat aktif sebagai Shaklee Leader.

Bagi yang ingin mendapatkan suplemen, set kesihatan, set penjagaan muka natural & selamat, boleh hubungi saya ya. 
✅ COD Kawasan Rawang, Batu Arang, Sungai Buluh
✅ Pos Seluruh Malaysia
✅ Grab Express seluruh Rawang

My Best Shaklee Effect
1. Set Kurus Shaklee
2. Set Kesihatan Shaklee
3. Youth Skincare Shaklee

Best achievement in Shaklee
🛍 Senior Supervisor Shaklee
🛍 4 Figures Shaklee Income
🛍 2012 Star Award Achiever (Growth)


Your Favorite Shaklee Distributor 
COD Rawang & KLCC, Contact saya.

Boleh reach Pengedar Shaklee Shah Alam & Singapura di sini juga ya contact saya


#pengedarsahShakleeRawang
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Hasfa Rusli SID 883325
Your trusted Shaklee Health Advisor

FB: Hasfa Rusli | 
IG: Hasfa Rusli | IG: jomdetoxbycoachaszr

Kata Motivasi Penguat Diri Ini

0
| Saturday, June 3, 2023
"Hasfa, tak pernah ke sekali pun you berfikir negatif, asyik positif saja setiap masa?"
Saya pernah di sapa begini oleh rakan sekerja. 


Sebagai seorang manusia yang lemah, takkan lah saya tak pernah down, tak pernah sedih, tak pernah marah, tak pernah nak memberi komen negatif . Itu kan fitrah manusia. Sedih saya, marah saya, memang tak pernah orang nampak, atau kalau ada pun, hanya pada orang dekat saya. 

Cuma, sedih, marah, saya memang tak lama selalunya, sebab saya malu dengan Allah, kerana saya tahu, dan kita belajar bahawa setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. 

Kalau ada peristiwa sedih, peristiwa yang mungkin menyebabkan saya menyesal, menyesal dengan takdir, cepat-cepat saya Istighfar dan kembali kepada Allah. 

Mengadu hanya pada Dia, 
Menangis pun hanya pada Dia,
Meminta guidance daripada Dia,
InshaAllah hati lebih tenang untuk mengambil next step dan meneruskan hidup.

Saya belajar untuk tidak mencari Dia di masa kita susah sahaja, tetapi mencari Dia pada setiap masa,
Bersyukur ketika senang, mengadu dan meminta guidance daripada Dia ketika susah/sedih. 

Kawan-kawan,
Hidup di dunia ni, memang hanya seketika,
Ujian di dunia itu memang pasti,
Kerana dunia itu fana.

"Ada hikmah di sebalik musibah menimpa."

"Pasti ada PELANGI selepas hujan"

Salah satu doa ma’thur diriwayatkan Abu Daud dan diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada kita agar dijauhkan daripada perasaan keluh kesah dan dukacita.

“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

Dalam Surah Al-Mulk, ayat 2, Allah SWT mengingatkan, setiap manusia pasti diuji untuk melihat kualiti amalan yang dikerjakannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).”

Jadi Allah nak tengok macam mana kita react pada setiap apa pun yang belaku. Itulah ujian buat kita yang akan meningkatkan martabat kita di akhirat nanti.

Kalau kita sedih, BANGKIT.
Kalau kita down, BANGKIT.

Sedih itu boleh tapi hanya seketika,
Tapi BANGKIT lah untuk diri kita sendiri.
Kerana ada PELANGI untuk kita selepas hujan.

Kata-kata Motivasi Penguat Diri saya, boleh juga refer link kawan saya ni. kata-kata motivasi



#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Hasfa Rusli SID 883325
Your trusted Shaklee Health Advisor

FB: Hasfa Rusli | 
IG: Hasfa Rusli | IG: jomdetoxbycoachaszr





Cara Renew Membership Shaklee

0
| Friday, May 26, 2023
Assalammualaikum,
Nak tanya ni, ada ke yang masih belum tahu, macam mana nak renew membership Shaklee?

Sebenarnya, ada pelbagai tips dan cara yang saya nak kongsikan kali ini.

Senang sangat, semuanya di hujung jari 🫴


Setiap orang boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah, iaitu dengan mendaftar sebagai ahli atau SID (Shaklee Independent Distributor) untuk mendapatkan harga ahli. 
Harga ahli lebih berbaloi, sebab harga produknya jauuuhh lebih murah (kurang 20-30%) daripada harga jualan.  Sebab tu, saya sendiri sangat mengesyorkan pada kawan-kawan saya untuk register membership walaupun untuk membeli satu produk.

Ok, saya kongsikan FAQ (Frequently Asked Question) tentang membership Shaklee ya buat rujukan anda. 

👉 Bagaimana untuk saya register membership Shaklee?
Ada 2 cara;
Cara I:
Keahlian percuma dengan pembelian produk minimum 100UV (UV: unit value, setiap produk ada UV), selalunya harga Jumlah produk yang dibeli lebih kurang dalam ~RM350.

Contohnya bulan ni, ada beberapa promotion produk yang anda boleh dapatkan dan percuma keahlian dengan setiap pembelian (total UV lebih 100UV). Percuma kos penghantaran juga 😍

Set bagi mereka yang nak dapatkan berat badan BMI ideal.
Nampakkan perbezaan harga ahli,P: RM353 berbanding RP: RM441.25. Penjimatam lebih RM100. 

Set kulit cantik, set kesihatan secara keseluruhan. 

Set untuk kulit cantik, Set untuk sendi.

Bagi yang nak dapatkan set promo bulan ni, dengan keahlian percuma, boleh register klik link ini untuk terus register Nak Join, ya, atau contact saya. 

Cara II.
Jika pembelian barang tidak cukup 100UV, boleh membayar RM35 sebagai pendaftaran ahli.

Mudahkan. Jadi kenapa pilih Cara II jika anda boleh dapatkan keahlian percuma 😍

👉 Perlukah saya renew membership setiap tahun?

Keahlian adalah seumur hidup, cuma keahlian akan expired jika tiada pembelian sepanjang tahun. Jadi, cukup untuk pembelian minima satu pembelian sahaja setiap tahun. 

👉 Bagaimana jika keahlian saya telah tamat?

Selagi anda boleh login di website, www.shaklee.com.my, selagi itu keahlian anda masih aktif.

Jika tiada rekod atau tidak boleh login, anda boleh register kembali melalui dua cara di atas tadi.

Jangan risau, anda boleh bila-bila saya boleh tanya saya ya. 

More tips dalam link ni ya, Renew Membership Shaklee


#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Hasfa Rusli SID 883325
Your trusted Shaklee Health Advisor

FB: Hasfa Rusli | 
IG: Hasfa Rusli | IG: jomdetoxbycoachaszr

Makan Vitamin dapat Cash Rebate

0
|
Assalammualaikum,

Apa khabar semua? 

Hari ni saya nak kongsikan, makan vitamin dapat Cash Rebate.

Dulu kan, kawan tanya, macam mana ya saya uruskan perbelanjaan, sebab makan vitamin ni boleh menjadikan kos perbelanjaan tinggi setiap bulan. 
Itulah istimewanya makan vitamin dengan Shaklee, vitamin semulajadi, sihat & selamat.

Sejak 2012, saya consume Shaklee secara PERCUMA. Ya, PERCUMA. Saya bukan sahaja tampung perbelanjaan suplemen secara percuma, malah, saya tampung perbelanjaan suplemen buat ibu, ayah & famili saya. Alhamdulillah, direzekikan untuk menampung perbelanjaan untuk kesihatan keluarga saya. 

Bagaimana saya makan vitamin dapat Cash Rebate?

1. Setiap pembelian vitamin, minima 150UV, kita akan terima bonus ~RM23, semakin besar UV dikumpul melalui pembelian produk, semakin besar bonus yang akan kita dapat. 

Cash Rebate ni tiada limit ya, kita boleh kumpul point ni seorang diri, ataupun kita kumpul UV bersama kumpulan. 

Macam mana membentuk kumpulan?
Kita register ahli baru setiap bulan, ahli-ahli di bawah kita adalah di dalam kumpulan yang sama. Semakin besar UV dikumpul semakin besar Cash Rebate yang bakal kita dapat.


Cash Rebate atau Bonus yang lebih dikenali dikalangan Shaklee Independent Distributor, unlimited tau. Semakin besar kumpulan seseorang Leader, semakin besar potensi Cash Rebate atau Bonus.

Makan vitamin dengan Shaklee, bukan sahaja mendapat unlimited Cash Rebate, tetapi mampu menjana pendapatan yang besar setiap bulan. 

Anda juga boleh makan vitamin secara percuma, Dan menjana pendapatan besar dengan Shaklee. 

Ada yang berminat nak makan vitamin secara percuma? Jom dapatkan promosi set Rahmah bulan ni, Join Shaklee

Baca lebih maklumat tentant makan vitamin dapat Cash Rebate, di sini.

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Hasfa Rusli SID 883325

Your trusted Shaklee Health Advisor

FB: Hasfa Rusli | 
IG: Hasfa Rusli | IG: jomdetoxbycoachaszr

Hari Raya Open House

0
| Friday, May 12, 2023
Assalammualaikum,

22 Syawal hari ni, masih lagi ada jemputan rumah terbuka buat saya dan famili. Alhamdulillah, tak pening juga nak masak apa di hujung minggu kan.. memeriahkan sambutan raya makan-makan di rumah kenalan, mengeratkan silaturrahim masa hari Raya open house. 

Tahun ni lebih meriah sebab selepas musim Covid-19 tetapi lebih bersederhana sebab harga barang dah meningkat naik. Yang penting jamuan raya jangan ada pembaziran ya 😘

Masa ni lah nak berjumpa kembali rakan-rakan yang jarang sangat berjumpa. Ni Mash, rakan sekolah saya ketika belajar di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, KL. #teamdebate. Tak berkesempatan nak bersama dengan teman yang lain, sebab masing-masing ada urusan lain. Boleh tahan ye trafik di kalau musim open house ni😅

Raya tahun ni, walaupun saya enjoy food raya kan, saya happy sangat, sebab saya jumpa formula yang terbaik untuk saya kekal berat ketika raya dan terus turun selepas puasa 6. 

Ya, saya masih lagi berusaha turunkan berat dalam 5kg lagi untuk capai BMI ideal dan target utk FIT (kurangkan % lemak dalam badan,maknanya kena lebihkan senaman). 

Nak ke saya kongsikan tips Hari Raya Open House?
Saya kongsikan ya.

Hari Raya Open House selalunya makanan sangat lah kaya dengan santan, pulut, gula, garam, kan.. susah untuk kita pilih makanan 100% eat clean.. kalau cari sayur hijau tu memang la sangat sedikit jumlahnya. 

1. Pastikan saya mengambil jumlah protein yang cukup setiap hari. 

Dan semestinya protein yang saya ambil adalah daripada ESP dan Cinch Shake. 

Kenapa Protein penting?
Untuk kekalkan muscle, sebab kita perlukan muscle untuk bakar lemak dengan lebih efisien. Apakah akibatnya jika kita kurang pengambilan protein? 
Kita akan kehilangan muscle ni, dan metabolism akan turun. Jika begini susah kita nak turun ebrat walaupon pengambilan makanan kita seharian rendah daripada yang diperlukan.

Tanpa protein yang cukup juga, badan akan sentiasa merasa lapar. Nanti kita tends untuk mencari makanan untuk mengunyah.


Bagi yang belum pernah mencuba, boleh grab Set Rahmah bulan ni!


2. Sentiasa amalkan suku-suku separuh dalam setiap pinggan/hidangan kita. 

Jangan ikut nafsu, tapi 'dengar' kata perut 🤭 Berhenti sebelum kenyang, dan disiplinkan diri untuk habiskan makanan di pinggan pertama sebelum mengambil pinggan seterusnya.

3. Sentiasa ada suplemen 'bakar lemak' supaya mudah untuk membuang setiap hari dan tidak menambah lemak yang tidak diperlukan oleh badan. 

Biasanya saya memang consume set ni selepas seharian menghadiri majlis Hari Raya Open House. Esok pagi, memang lancarrrr pembuangan, perut kempis kembali.

Lebih banyak tips di sini ya



#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Hasfa Rusli SID 883325

Your trusted Shaklee Health Advisor

FB: Hasfa Rusli | 
IG: Hasfa Rusli | IG: jomdetoxbycoachaszr

Berat Maintain Raya dengan Shaklee

0
| Saturday, April 15, 2023
Hi korang.
Posting kali ni saya nak kongsikan macam mana saya kekal berat ketika hari Raya bersama Shaklee. 

Haaa, siapa ada masalah ni, berat turun ketika Ramadhan, lepas tu lepas raya je, tak sampai 5 hari raya, berat naik kepada asal. 
Dulu, saya macam ni tau, penat je susah payah diet masa Ramadhan kan😂

Sekarang, alhamdulillah berat kekal je masa raya ni.

1. Pastikan pengambilan air kosong yang cukup. 
Biasalah raya kan, perut penuh dengan makanan, sampai air pun terlupa. Jangan ulang kesalahan saya tau, bila kurang air, badan akan craving food. Haa tu lah mulut akan mencari makanan untuk dikunhah saja. 

2. Makan ikut waktu.
Faham sangat time raya ni, kalau kita beraya 7 rumah, 7 rumah lah kita jamah makanan yang ada. Sebelum Ramadhan, kita makan 3 waktu, Ramadhan pula 2 waktu, haa masa raya setiap waktu. Mana tak naik berat tu nanti. Jadi, kena ada disiplin, kena tetapkan makanan apa yang kita nak makan, dan sebaiknya plan.

Balik kampung, bukan takat makanan raya, juadah kegemaran pun dihidangkan, dapat pulak ikan baung salai masak lomak dan sayur tempoyak. Ya ampun, makan memang berulang-ulang ya. 

3. Intermittent Fasting (IF).
IF waktu raya sangat membantu untuk kekal berat badan. Minima 16 jam, tutup 7pm hari sebelum Dan buka 11am hari selepas. IF ni sangat membantu kita untuk disiplinkan waktu pemakanan dan mampu kawal kalori.

4. Penghadaman yang baik.
Ini antara faktor penting juga ni. Biasalah, makanan raya kita, rendang, lemang, nasi impit, semuanya penuh lemak dan kurang serat. Mungkin bagi sesetengah orang akan menghadapi masalah penghadaman. 
Sambil bercerita, makanan tak dilupakan untuk masuk ke mulut. Hihi.

Untuk saya, semasa hari Raya, saya tak tinggalkan suplemen ni. Suplemen Shaklee ni sangat-sangat bantu saya untuk lawas setiap pagi tanpa gagal, dan perut tetap kempis ya di hari Raya.

Syukur ada set Bakar Lemak Raya ni, set ni sangat membantu saya untuk maintain berat di hari Raya.

Jom baca ni, tips hari Raya bersama SHAKLEE


#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Hasfa Rusli SID 883325

Your trusted Shaklee Health Advisor

FB: Hasfa Rusli | 
IG: Hasfa Rusli | IG: jomdetoxbycoachaszr

7 Insentif Bisnes dengan Shaklee

0
|
Assalammualaikum semua❤️
Wah, pejam celik dah raya ke 6 hari ni.

Cepatnya Ramadhan 1444H berlalu pergi.
Tak lambat rasanya saya nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada pembaca setia blog saya. 
3 Syawal 1444H, di rumah makcik saya.

Kali ni, saya nak kongsikan jenis-jenis bonus yang ada dalam Shaklee. Ye lah, selama ini, mesti orang ingat hanya satu Jenis bonus je yang kami, Distributor atau Leader dapat kan. 

Dulu, sebelum saya berkecimpung dalam bisnes Shaklee, saya pun berfikiran begitu. Rupanya, macam-macam Jenis Shaklee tawarkan setiap bulan dan setiap tahun. Boleh la jadi rujukan kepada anda yang mungkin masih berkira-kira untuk join Shaklee bisnes secara serious.

7 INSENTIF BISNES DENGAN SHAKLEE

1. UNTUNG RUNCIT SETIAP PRODUK

Setiap Shaklee Independent Distributor (SID) layak untuk mendapatkan produk dengan harga ahli yang jauh lebih murah daripada harga retail kepada bukan ahli (harga ahli 20-30% daripada harga bukan ahli).
Setiap ahli boleh mendapat untung runcit sebanyak 20-30% daripada harga runcit sesuatu produk.  

Sebagai contoh, produk Vivix ni. Untung runcit sehingga 25% (RM95) untuk setiap produ yang di jual.

Bagaimana nak join ahli? Register sini ya. 

2. CASH BONUS ATAU PERFORMANCE BONUS

Setiap SID dan leader layak mendapat cash bonus setiap bulan. Bagaimana nak dapatkan Cash Bonus ni?
Mudah saja, beli produk Shaklee setiap bulan, minima 150 UV dah dapat cash bonus ~ RM23. Lebih besar UV yang dikumpul setiap bulan, lebih besar la bonus kita bulan itu. 

Nadi bisnes Shaklee adalah penjualan produk, dan bukannya 'pencarian' ahli baru sahaja seperti yang digembar gemburkan sebagai bisnes MLM.

(Nota: UV = Unit Value, setiap produk ada nilai UV nya sendiri).

Mudah bukan hendak menjana bonus 4 angka setiap bulan. 

3. LEADERSHIP BONUS

Bonus seterusnya adalah Leadership Bonus. Haa, ni special tau dalam Shaklee. Shaklee beri bonus pada Leader yang guide dan coach anak downline dalam menjalankan bisnes sehingga 6 level. 

Downline sehingga 6 level ni adalah tanggungjawab seseorang leader dalam grow leader di bawah organisasinya. 

Dan ini adalah contoh purata income Master Coordinator, jawatan tertinggi dalam bisnes Shaklee. 
Ni bukan angka tahunan ya, ia adalah bonus bulanan.

4. CAR BONUS

Apa lagi bonus yang Shaklee tawarkan?
Car bonus!!! Ya, bagi seorang leader yang dah capai kriteria untuk mendapat car bonus, Shaklee berikan unlimited income untuk car bonus. And aboleh pilih apa sahaj kereta idaman, dan bayar sahaja menggunakan bonus Shaklee setiap bulan.

Car bonus ni, Shaklee beri dalam bentuk wang tunai, jadi kalau tak nak beli kereta idaman pun tidak mengapa, boleh simpan untuk masa depan, bayar rumah ataupun plan untuk menunaikan Umrah/haji.

Ini upline saya, Master Laila yang sudah pun menjana car bonus sejak 2013 lagi untuk kereta idaman beliau.

Master Laila Mukhtar bersama kereta idaman yang dibayar melalui car bonus Shaklee setiap bulan.

5. SPECIAL BONUS /INFINITY BONUS

Untuk Leader, Coordinator ke atas, Shaklee ada beri bonus special tau, yang dipanggil Infinity Bonus.

Infinity bonus ni, diberi kepada Leaders yang berjaya mengembangkan organisasi mereka dalam tahun yang ditetapkan dengan syarat-syarat tertentu.


6. TRIP EKSLUSIF DENGAN SHAKLEE

Ada ke di sini yang suka sangat pergi travel, macam saya 😍. Saya suka travel, tapi kalau travel sendiri ni, selalunya perbelanjaan sangat berpada-pada kan. 

Pada Leader yang capai target, setiap tahun, Shaklee ada beri peluang untuk 2 kali travel, Regional dan International. Trip dengan Shaklee bukan calang-calang tau, 5 stars, tidur di hotel 5-7 stars, dapat pelbagai hadiah menarik, layanan VVIP, sap dapat duit belanja lagi. 

Bagi Muslim, ada pilihan juga untuk travel Umrah setiap tahun bersama Shaklee. 
Trip Umrah dan ziarah Jordan.
Trip ke USA bersama semua Leader Shaklee, mengibarkan bendera Malaysia di pentas dunia.

Trip untuk tahun ni, adalah;
a. International : Jepu (Osaka, Nara, Kyoyo atau Umrah bagi yang Muslim)
b. Regional : Royal Caribbean Cruise - Singapore to Phuket


7. EXTRA BONUS 2023/2024

Tahun ni, ada extra bonus yang Shaklee janjikan buat semua tahun ni 😍

Ha, ni BONUS EXTRA RM600 yang Shaklee tawarkan tahun ni bermula April hingga Jun 2023. Program ni dinamakan Field Incentive Program. 

Ada 2 kategori yang layak join program ni. 

i. Ahli baru atau lama yang belum pernah Rank Up Supervisor.

ii. Ahli yang pernah rank up Supervisor atau Sr Supervisor sebelum ni


Bonus ni on top of semua bonus di atas tau!
Menarik kan. Bacaan Dan info tambahan di sini ya, Insentif Shaklee.

Bagaimana nak dapatkan bonus yang ditawarkan ni, kenalah menjadi ahli Shaklee, 
a. Sama ada register RM35 untuk menjadi ahli, atau pun,
b. Membeli produk yang bernilai ~RM500 dan menjadi ahli secara percuma.


#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Hasfa Rusli SID 883325

Your trusted Shaklee Health Advisor

FB: Hasfa Rusli | 
IG: Hasfa Rusli | IG: jomdetoxbycoachaszr

Tips Kurus Cepat Ramadhan

0
| Thursday, April 13, 2023
Haiiiii

Assalammualaikum.
Hari ke 24 Ramadhan baru sempat kan nak share tips ni, Tips Kurus Cepat Ramadhan. 

Maaf lah, ramai yang bertanya, memandangkan bulan Ramadhan kita cuti Dari program #JomDetox, kami menubuhkan support group Ramadhan untuk bersama-sama target sihat cergas di bulan Ramadhan di samping turun berat secara konsisten, tapi tak sempat saya kongsikan sebelum ini.
Banyak tips yang kami sharekan dalam group, ramai juga dah turun berat dengan mudah dan jayanya, cuma inilah masa yang ada untuk saya coretkan di sini ya. 

Ok, mesti anda tak sabar nak tahu kan? Jom!

Tips Kurus Cepat Ramadhan!

1. Jangan skip waktu makan!

Ya, jangan skip waktu makan ketika Ramadhan, samada waktu sahur atau berbuka. Badan perlukan makanan, in specific lemak baik untuk membakar lemak dengan lebih efisien. 

Betul, anda boleh pilih option untuk Intermittent Fasting, IF 22 jam atau OMAD - One Meal a Day, dan mengambil makanan hanya ketika berbuka, yang mana badan mula membakar lemak yang tidak diperlukan lebih efektif jika kita IF lebih daripada 16 jam setiap hari secara konsisten. Depends pada pilihan masing-masing, pastikan pilihan cara adalah long lasting dan bukan short term, sebab kita tak nak masuk je Syawal nanti, berat naik berkali ganda sebab tak mampu nak buat IF 22 jam atau OMAD. Cara ini lebih sesuai buat mereka yang memang dah konsisten sebelum Ramadhan. 

Saya pernah buat kesalahan ini dulu, berat turun sikit saja, naik double masa raya sebab raya kan, siapa yg tak menjamah makanan raya setiap waktu makan instead of OMAD.

2. Cukupkan pengambilan air

Ini antara cabaran paling besar untuk Kebanyakan orang, sama juga pada team Detox saya. Masa yang terhad untuk pengambilan air, bila kurang minum air, badan akan trigger 'tak cukup' air, susah berat nak turun. Body tends to hold water to make sure body keep hydrated. Haa gituuuu.

Tips untuk minum air cukup; 
✅ bangun awal 1-2 jam sebelum Subuh, boleh cukupkan air sewaktu solat sebelum Subuh dan semasa menyediakan sahur, 
✅ Cukupkan air ketika berbuka 
✅ Cukupkan air ketika solat terawih & solat malam

Kurang air, susah juga perut nak lawas. Akibatnya, ramai yang sembelit dan tidak membuang hari-hari. Ini tak bagus tau, sebab tokskn mula berkumpul, bila toksin semakin banyak, badan tak efektif, muncul la macam-macam kesan toksin, seperti kulit berjerawat, badan rasa tak bertenaga.

3. Pilihan makanan yang baik ketika berbuka

Bagaimana pilihan makanan anda ketika berbuka?
Murtabak? Popia? Nasi Arab? Roti John? Air tebu? Air kelapa? Karipap? Haaaa memang sedap semua kan, tapi semua ni punca berat tak turun ketika Ramadhan.

"Saya buka sikit je, kuih 2 ketul, tapi kenapa berat tak turun?" Ia berbalik kepada point #1 tadi. 

It is all about a good choice of foods.

Badan perlukan nutrien dan lemak baik untuk memberi tenaga pada badan dan bakar lemak secara efektif. Pilihan makanan di atas adalah Kebanyakan nya karbohidrat, yang mana, selepas berbuka, kita kurang melakukan aktiviti berat yang memerlukan makanan kita diubah menjadi tenaga. Makanan yang tidak dibakar menjadi tenaga, kekal dalam badan sebagai gula. 

Jadi kita nak makan apa?

Tips makan suku-suku separuh sangat baik sebagai pilihan untuk berbuka. Pastikan ada serat separuh pinggan, protein suku pinggan, karbohidrat suku pinggan. Serat untuk membantu proses lawas kita Ramadhan ni. Kalau dapat optimumkan pilihan makan kepada pilihan grill, kukus, sup, lebih baik. 

Ingat ya, makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Makan makanan yang memberikan nutrien pada badan, yang dapat memberi tenaga baik ketika Ramadhan untuk kita lebih bertenaga dan efektif fokus ibadah.

4. Wajib ambil Protein yang cukup

Nampak macam cliche kan, haa nak jual produk la tu.
Jap, jap, saya kongsikan berdasarkan pengalaman. Sebab saya sendiri dah ujikaji tips Kurus cepat Ramadhan ni dah bertahun lamanya, sejak saya obese, izinkan saya kongsikan kenapa protein sangat penting.

Secara teorinya, bila badan mula kurang makan (less calorie intake in a day) berat akan turun kan. Kita nak berat yang turun tu adalah lemak dan bukan semata berat air dan muscle. Kita perlukan muscle badan kita, kerana muscle bakar lemak lebih efektif. Kalau kita muscle turun, metabolism turun, tak dapat bakar lemak secara efektif. Takut nanti, raya, haaa berat naik berkali ganda. 

Jadi bila nak consume protein?
Waktu sahur adalah terbaik. Waktu berbuka sudah pasti ada portion protein kan dalam pilihan suku-suku separuh tadi.
 
Elakkan makanan karbohidrat sewaktu sahur, sebab perut lebih cepat lapar dan 'meminta' makanan lebih awal. Berbanding dengan protein, pembakaran tenaga lebih lama, kita rasa kenyang lebih lama. 

Protein terbaik adalah protein tumbuh-tumbuhan. Dalam Shaklee ada beberapa pilihan protein, yang berasaskan daripada soya non Genetic Modified' (non GMO);
✅ Energizing Soy Protein, "ESP"
✅ Protein Cinch shake
✅ Protein Life Shake

ESP boleh diambil oleh ibu yang mengandung & menyusut. Masih ada set Promo ESP April ni.Set Rahmah tak sampai RM100! 

Protein Cinch Shake & Life Shake adalah khusus kepada mereka yang cakna kesihatan untuk kurus Dan slim secara sihat, kerana kandungan Leucine yang lebih tinggi berbanding ESP. Fungsi Leucine adalah untuk mengekalkan muscle dalam badan semasa proses penurunan berat badan. 

Bezanya Life Shake ada prebiotik yang baik untuk perut dan penghadaman. Inilah rahsia saya membuang tiap hari tanpa gagal selepas sahur.

Bila kita consume protein shake sewaktu sahur, masa berbuka pun rasa tak lapar sangat-sangat yang menyebabkan kita tak keruan tengok semua makanan di bazaar Ramadhan 😂. Kenyang lebih lama dengan protein shake, rendah kalori ~200kcal sahaja. 

Ada kawan yang cuba untuk tak ambil protein shake ketika sahur, akibatnya longlai sepanjang hari. Saya sharekan beberapa cerita daripada FB: Puteri Yusof, Coach Gula.

April ni Masih berbaki promo Cinch Shake ni, RM250 (bukan ahli) sahaja untuk dua tong. Harga sebenar RM RM380, jimat berganda-ganda. Nak order klik sini ya, Saya nak Cinch Promo. Cepat tau, hanya tinggal perisa Vanilla dan Caffe Latte sahaja, promo bakal berakhir April ini.

5. Bersenam 

"Bersenam? Mana larat, dah la saya puasa!"

Hihi, macam kita seorang yang puasa. 

Betul, senaman adalah pilihan, namun sangat membantu untuk kurus Cepat dalam Ramadhan.

Bila waktu terbaik untuk senaman ketika Ramadhan?
Sebaiknya waktu sebelum berbuka, sebab pembakaran lemak lebih efektif selepas 12 jam berpuasa.

Kalau tak mampu, waktu pagi ketika waktu sahur sebelum Subuh, pun boleh juga. Saya sellu buat time ni. 2-3 kali sahaja seminggu, tak perlu hari-hari. Yang penting istiqamah. 

Tujuannya adalah, kita nak bina atau kekalkan muscle kita, naikkan metabolism, jadi mempercepatkan pembakaran lemak secara optimum, lebih mudah Dan cepat kurus. 30 minit jalan petang bersama famili di taman sambil berselawat pun membantu juga. 

Jadi siapa yang dapat buat kelina-lima perkara di atas Ramadhan kali ni?

Capai tak berat yang anda impikan?
Jangan risau kalau tak dapat follow tips di atas, kita boleh buat minggu Ramadhan yang berbaki dan terus amalkan sewaktu dan selepas raya.

Alhamdulillah, saya dan suami memang sebulan sahur dengan Protein Shake. Badan lebih bertenaga, rasa ringan, tak cepat mengantuk. Suami dah loss 6kg, saya 3kg. 

Boleh contact saya jika nak join program detox kami pada mereka yang mencari pilihan untuk kurus secara sihat selepas raya nanti Nak Kurus.

Boleh dapatkan tips lebih banyak di sini ya! Tips Kurus dengan Cepat

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Hasfa Rusli SID 883325

Your trusted Shaklee Health Advisor

FB: Hasfa Rusli | 
IG: Hasfa Rusli | IG: jomdetoxbycoachaszr



5 Sebab Saya Memilih Bisnes Online Shaklee, Bisnes Terbaik di Malaysia

0
|
Hi, Assalammualaikum 
Apa khabar di 23 Ramadhan 1444H hari ni.

Kejap je kan, macam sekelip mata saja kita dah berada dipenghujung Ramadhan. Semoga kita semua dapat fokus di 10 malam terakhir ni, bertemu dengan lailatul Qadr hendaknya. 

Akhir ni, saya sangat sibuk dengan kerja hakiki, ada beberapa kerja untuk meet deadline,  dan nak kejar pahala berganda di bulan Ramadhan. Memang tak cukup tangan rasanya, tapiiii alhamdulillah saya masih menjalankan bisnes saya kerana bisnes Shaklee saya ini dijalankan secara online dan sangat mudah. Bisnes online sangat menjimatkan masa saya yang masih mempunyai kerja hakiki, ya, saya masih berkerja sebagai seorang Engineer. 

"Eh, dah kenapa, dah kerja pun, masih tidak cukup kah?" haaa itu soalan yang selalu juga menjadi pertanyaan teman-teman. 

Jom saya kongsikan kenapa saya memilih Shaklee sebagai bisnes online saya. 

5 Sebab Saya memilih Bisnes Online Shaklee, bisnes terbaik di Malaysia.

1. Syarikat Kukuh dan Bisnes Plan Jelas Semua Level.

Dulu, saya skeptikel dengan bisnes MLM (multilevel marketing) sebab ayah saya sendiri pernah join beberapa MLM tapi tidak kekal lama dan tidak berjaya seperti yang diura-urakan pada awalnya. 

Namun, bila saya fahami, bisnes Shaklee itu sendiri, bisnes yang bukan semata mencari downline, tetapi bisnes bergantung kepada penjualan produk, saya mula percaya. Lebih - lebih lagi ramaiiiii sangat kawan-kawan seangkatan saya terus fokus bisnes Shaklee dan menjana pendapatan sehingga 5-6 angka dulu, stabil dan terus berkembang sehingga kini.

Dan bisnes ni bukan bergantung kepada downline semata-mata yang bekerja keras untuk kayakan orang atas, tetapi siapa buat dia yang dapat. Ada je situasi, leader atas yang tak berbisnes, leader tersebut memang tak dapat cash bonus kerana tidak mencapai target yang ditetapkan oleh company hanya downline yang berbisnes yang dapat. 
Shaklee sendiri sudah bertapak sejak lebih 25 tahun di Malaysia, dan ditubuhkan sejak 1977 (lebih 40 tahun), malah produk "Vitalized Mineral" nama asal "Vita-min" itu sendiri yang dihasilkan oleh Founder, Dr. Forrest Shaklee yang masih lagi berada dalam listing produk Shaklee, yang sudah pun berumur lebih 100 tahun. Company mana yang kukuh seperti Shaklee?

2. Produk Berkualiti, Selamat dan Berkesan.

Jujur saya katakan, saya bermula sebagai pengguna. Banyak sangat manfaat daripada produk Shaklee sendiri kepada kesihatan diri saya, yang mana saya kongsikan kepada kedua ibu bapa, famili dan saudara mara saya. 

Manfaat kesihatan inilah yang menjadi titik permulaan saya terjerumus kepada bisnes yang boleh dijalankan secara online dengan mudah di samping menjalankan kerja hakiki. Bukan hanya semata bonus, nikmat kesihatan saya dan famili saya adalah No. 1. 

Saya bermula dengan vitamin basic, Vitalea (multivitamin) dan B complex sahaja, kerana masalah kurang hemoglobin, semakin susut bacaan daripada 11 turun 10 turun 8 sahaja. Masalah ni menyebabkan saya tak lepas ke offshore! Aduhhhh nak tak nak, memang kena atasi masalah ni. Doktor ada berikan saya suplemen iron, tapi bukan calang-calang ya harga nya, mencegah RM200-300 untuk sebulan sahaja. Alhamdulillah, asbab Shaklee, saya jumpa jalan penyelesaian dengan harga yang lebih murah, dan bacaan hemoglobin saya maintain saja 13 sehingga sekarang.
Dahla modal rendah! Selalu juga Shaklee buat pormosi bulanan yang super duper murah! Macam Promo April 2023 ni, ada pula Promo Set Rahmah yang berbaloi sangat. Setiap orang wajib memiliki Set Rahmah ni.

Saya ni ada masalah obese sejak kecil, rambut gugur, menipis sangat macam hampir botak! Sampai saya ingatkan saya ada penyakit, nauzubillah. Rupa-rupanya, saya hanya kekurangan zat dan nutrien yang diperlukan oleh badan.

Sejak dari tu, saya cakna kesihatan saya dan belajar ilmu suplemen secara alami, melalui Nutritionist Shaklee dan circle background leaders Shaklee yang ada pelbagai, seperti Doktor, ahli Farmasi. 

Saya boleh katakan, kesihatan saya hari ini lebih baik dari kesihatan saya di waktu remaja.


Saya bersyukur sangat-sangat dapat berjumpa dengan pilihan suplemen yang bukan sahaja berkualiti, mampu milik tapi berkesan dan selamat kepada buah pinggang. Saya pernah consume produk lain, tetapi sangat berbeza efeknya. Produk Shaklee sendiri memberikan kesan yang cepat dan sangat bantu improve kesihatan.

Kedua ibu bapa saya pun pengguna tegar Shaklee. Banyak sangat improvement kesihatan kepada kedua ibu bapa, adik beradik saya. Alhamdulillah.
Asbab ini, saya tekad menyebarkan kebaikan dan berhasrat untuk bantu lebih ramai lagi mendapat manfaat kesihatan daripada Shaklee, sambil menjana pendapatan sampingan. 

Produk Shaklee ni, bukan calang-calang rupanya, Shaklee melaburkan lebih USD250 juta setiap tahun untuk kajian, produk patented, ini menambahkan keyakinan saya kepada produk kesihatan Shaklee. 
Produk 'beyond organic' yang mendapat "Gold Trusted Brand" di Malaysia pada tahun 2021 & 2022 ini ternyata, semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

3. Peluang Besar, Shaklee Offer 3C : Cash, Car, Convention.

Saya dah join Shaklee sejak 2012 dan serious berbisnes sejak lebih 10 tahun lepas, peroleh 4 angka setiap bulan, majoritinya secara online sahaja!

Shaklee tak pernah culas membayar bonus Distributors nya, bonus masuk setiap 14th tanpa gagal. Tahun lepas sahaja, Shaklee mencatatkan rekod bonus tertinggi di bayar kepada semua Distributor, RM 300 Million untuk 2022 sahaja. 

Yang menariknya, semua ahli layak dapat bonus, sama ada bisnes secara serious atau tidak asalkan ada pembelian yang minima yang ditetapkan. Best kan? 

Selain cash bonus, ahli Shaklee boleh mendapatkan bonus untuk kereta yang dibayar cash bersama bonus setiap bulan. Kita boleh gunakan nak bayar kereta, rumah atau simpanan untuk masa depan.

Setiap tahun Shaklee never fail untuk adakan Convention di Malaysia atau luar negara, layak u tuk semua Leaders Shaklee.
2023 Business National Leaders Conference bersama Master Laila.

Tiap kali conference pastu ada Free Gift dari Shaklee yang special buat Leaders. Shaklee umpama extended family. 

4. Sistem Bisnes Online Mudah.

Dulu, zaman 2012, nak order menggunakan phone atau email saja. Website Shaklee seterusnya dibina pada tahun 2014, dan terus ditambah baik sehingga hari ini. 

Mudah mendapatkan info, pembelian hanya dihujung jari. Sebab tu lah, mudah sangat saya nak berbisnes di mana-mana, dalam kereta, di kampung hatta berada di luar negara pun masih boleh menguruskan bisnes saya secara online. 

Nak cek progress bonus kita setiap hari pun boleh di website ni, sangat mudah!


Klik sini untuk register online hari ini! Nak Join Shaklee

5. Fleksibel dan Group Circle yang Positif.

Bisnes yang sangat-sangat fleksibel ni membantu saya menjana pendapatan sampingan. Pendapatan sampingan ni, saya gunakan untuk kegunaan suplement dua orang tua saya dan famili. Kiranya makan vitamin secara percumalah! 

Lagi-lagi saya sangat sibuk, pekerjaan hakiki saya memerlukan saya di ofis 9-10 jam setiap hari, bisnes Shaklee saya dapat dijalankan selepas office hour tanpa ganggu waktu bersama keluarga. Time Management sangat penting di sini. 
Kalau dulu kita dengar kan kelas MLM dijalankan sehingga larut malam, perlu berjumpa, perlu berada diluar, tetapi dengan Shaklee, kelas nutrisi bersama Nutritionis Dan kelas bisnes hanya dijalan online, dihujung jari. Hataa, dalam kereta pun Masih boleh belajar dan menimba ilmu.. Fleksibel sangat! 

Masa ni sharing online bersama Leaders ketika PKP 2021.

Pernah dengar kan peribahasa, "You will be who your friend's with". Siapa kita bersama rakan kita, itu lah yang kita akan jadi. Jika kita bersama rakan yang baik, baik la hasil kita. Jika bersama dengan yang sebaiknya, kita pun akan menurut attitude rakan tersebut. 

Semua rakan dalam bisnes ni nak berjaya, duduk bersama orang yang berjaya, sentiasa mendapat semangat dan aura Positif yang berguna dalam kehidupan dan kerjaya. Alhamdulillah, rakan business dari perlbagai background sangat memudahkan kehidupan saya, mana taknya, saya ada rakan lawyer, farmacist, doktor, akauntan, banking, hatta retail. Semua info dan bantu dihujung jari juga.

Jika anda mencari-cari bisnes sampingan atau tetap untuk menjana pendapatan, saya yakin anda telah menjumpainya. Tahukah anda, bisnes bidang kesihatan adalah meningkat demand dan berkembang seluruh dunia. Kajian menunjukkan demand kesihatan meningkat lebih 40% dalam beberapa tahun akan datang. 

Jom baca lagi tulisan upline saya Master Laila tentang Bisnes Online.

Jangan tunggu lagi, nak mulakan Bisnes Shaklee, hubungi saya ya! Nak Join!

#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Hasfa Rusli SID 883325

Your trusted Shaklee Health Advisor

FB: Hasfa Rusli | IG: Hasfa Rusli






 

Copyright © Hidup Sihat dan Cantik Design by OSUHM Studio