Keblinger

Keblinger

Berat Maintain Raya dengan Shaklee

| Saturday, April 15, 2023
Hi korang.
Posting kali ni saya nak kongsikan macam mana saya kekal berat ketika hari Raya bersama Shaklee. 

Haaa, siapa ada masalah ni, berat turun ketika Ramadhan, lepas tu lepas raya je, tak sampai 5 hari raya, berat naik kepada asal. 
Dulu, saya macam ni tau, penat je susah payah diet masa Ramadhan kan😂

Sekarang, alhamdulillah berat kekal je masa raya ni.

1. Pastikan pengambilan air kosong yang cukup. 
Biasalah raya kan, perut penuh dengan makanan, sampai air pun terlupa. Jangan ulang kesalahan saya tau, bila kurang air, badan akan craving food. Haa tu lah mulut akan mencari makanan untuk dikunhah saja. 

2. Makan ikut waktu.
Faham sangat time raya ni, kalau kita beraya 7 rumah, 7 rumah lah kita jamah makanan yang ada. Sebelum Ramadhan, kita makan 3 waktu, Ramadhan pula 2 waktu, haa masa raya setiap waktu. Mana tak naik berat tu nanti. Jadi, kena ada disiplin, kena tetapkan makanan apa yang kita nak makan, dan sebaiknya plan.

Balik kampung, bukan takat makanan raya, juadah kegemaran pun dihidangkan, dapat pulak ikan baung salai masak lomak dan sayur tempoyak. Ya ampun, makan memang berulang-ulang ya. 

3. Intermittent Fasting (IF).
IF waktu raya sangat membantu untuk kekal berat badan. Minima 16 jam, tutup 7pm hari sebelum Dan buka 11am hari selepas. IF ni sangat membantu kita untuk disiplinkan waktu pemakanan dan mampu kawal kalori.

4. Penghadaman yang baik.
Ini antara faktor penting juga ni. Biasalah, makanan raya kita, rendang, lemang, nasi impit, semuanya penuh lemak dan kurang serat. Mungkin bagi sesetengah orang akan menghadapi masalah penghadaman. 
Sambil bercerita, makanan tak dilupakan untuk masuk ke mulut. Hihi.

Untuk saya, semasa hari Raya, saya tak tinggalkan suplemen ni. Suplemen Shaklee ni sangat-sangat bantu saya untuk lawas setiap pagi tanpa gagal, dan perut tetap kempis ya di hari Raya.

Syukur ada set Bakar Lemak Raya ni, set ni sangat membantu saya untuk maintain berat di hari Raya.

Jom baca ni, tips hari Raya bersama SHAKLEE


#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023

Hasfa Rusli SID 883325

Your trusted Shaklee Health Advisor

FB: Hasfa Rusli | 
IG: Hasfa Rusli | IG: jomdetoxbycoachaszr

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Hidup Sihat dan Cantik Design by OSUHM Studio