Saya pernah di sapa begini oleh rakan sekerja.
Sebagai seorang manusia yang lemah, takkan lah saya tak pernah down, tak pernah sedih, tak pernah marah, tak pernah nak memberi komen negatif . Itu kan fitrah manusia. Sedih saya, marah saya, memang tak pernah orang nampak, atau kalau ada pun, hanya pada orang dekat saya.
Cuma, sedih, marah, saya memang tak lama selalunya, sebab saya malu dengan Allah, kerana saya tahu, dan kita belajar bahawa setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya.
Kalau ada peristiwa sedih, peristiwa yang mungkin menyebabkan saya menyesal, menyesal dengan takdir, cepat-cepat saya Istighfar dan kembali kepada Allah.
Mengadu hanya pada Dia,
Menangis pun hanya pada Dia,
Meminta guidance daripada Dia,
InshaAllah hati lebih tenang untuk mengambil next step dan meneruskan hidup.
Saya belajar untuk tidak mencari Dia di masa kita susah sahaja, tetapi mencari Dia pada setiap masa,
Bersyukur ketika senang, mengadu dan meminta guidance daripada Dia ketika susah/sedih.
Kawan-kawan,
Hidup di dunia ni, memang hanya seketika,
Ujian di dunia itu memang pasti,
Kerana dunia itu fana.
"Ada hikmah di sebalik musibah menimpa."
"Pasti ada PELANGI selepas hujan"
Salah satu doa ma’thur diriwayatkan Abu Daud dan diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada kita agar dijauhkan daripada perasaan keluh kesah dan dukacita.
“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”
Dalam Surah Al-Mulk, ayat 2, Allah SWT mengingatkan, setiap manusia pasti diuji untuk melihat kualiti amalan yang dikerjakannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).”
Jadi Allah nak tengok macam mana kita react pada setiap apa pun yang belaku. Itulah ujian buat kita yang akan meningkatkan martabat kita di akhirat nanti.
Kalau kita sedih, BANGKIT.
Kalau kita down, BANGKIT.
Sedih itu boleh tapi hanya seketika,
Tapi BANGKIT lah untuk diri kita sendiri.
Kerana ada PELANGI untuk kita selepas hujan.
Kata-kata Motivasi Penguat Diri saya, boleh juga refer link kawan saya ni. kata-kata motivasi
#blogmegashaklee
#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
Hasfa Rusli SID 883325
Your trusted Shaklee Health Advisor
FB: Hasfa Rusli |
IG: Hasfa Rusli | IG: jomdetoxbycoachaszr
No comments:
Post a Comment