Salam.
Kali ni, saya nak promosi set ‘Flawless Skin’ yang hebat.
Set ini mengandungi Vitamin E dan Energizing Soy Protein (ESP).
Antara kebaikan set ini:
- baik utk individu yg mempunyai masalah kulit, jeragat, jerawat, parut campak dan lain-lain
- memelihara kesihatan kulit dan melambatkan proses penuaan
- memperbaiki peredaran darah, memperbaiki tisu mati, sangat baik utk luka dan mengurangkan parut
- mencegah kanser, mengekalkan kesihatan saraf dan menguatkam sistem imun
- membantu kulit tampak lebih gebu dan lebih elastik
- ESP juga membantu memelihara berat badan dan memberi nutrien secara keseluruhan.
Kenapa pilih Vitamin E dari Shaklee?
Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and dalpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]. Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.
Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.
Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.
Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [ dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar.
Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium.
Apakah kebaikan Vitamin E Shaklee?
- · Melambatkan proses penuaan
- · Membantu mendapatkan tekstur kulit yang cantik, lebih muda
- · Membantu untuk menghilangkan parut dan jeragat.
- · Merupakan antioksidan yang hebat dan membantu mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
- · Membantu dalam aspek kesuburan dan membantu mempercepat proses baik luka.
Kenapa pilih ESP?
- Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama.
- ESP ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-genetically modified organism . Tambahan pula setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama
- ESP ini merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda. Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia
- Secara ringkasnya ESP adalah protein, yang mana protein adalah asas kepada sel. Protein bertindak membina sel yang sihat/'repair' sel-sel badan yang rosak. Jika sel mendapat makanan yang cukup, kulit akan terhasil cantik dan sihat
- Ia memberi tenaga berpanjangan, menjadikan badan kurang letih dan sihat. Isoflavon perangsang KOLAGEN yang mana menanjalkan kulit, memperlahankan kedutan, serta menganjalkan payudara. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.
No comments:
Post a Comment